E-Badah
Aqiqah & Korban
Malaysia
“Barangsiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadah untuknya, maka lakukanlah ibadah akikah” Hadis Riwayat Abu Daud


*Harga tidak termasuk penghantaran
NAK BUAT AQIQAH
TAPI…
SUSAH CARI PENGURUS AQIQAH YANG
DIPERCAYAI
TIDAK SEMPAT BUAT JAMUAN & MAHU
AGIH-AGIHKAN
SUKAR MENCARI LADANG MILIK 100%
BUMIPUTERA ISLAM
KAMI BOLEH BANTU ANDA
MENGAPA AQIQAH & KORBAN
DENGAN KAMI ?

BUMIPUTERA – Ladang dimiliki & diuruskan 100% bumiputera islam.

AMANAH – Gambar dan Video Serta Status Pelaksanaan

GENG NGAJI – Diusahakan oleh Geng Kebajikan Agama Ngaji Astana Raja. Baca disini

MUDAH – Urusan boleh dilakukan atas talian(online).

TELUS – Tiada caj tersembunyi atau tidak dinyatakan.

ANEKA – 4 pilihan juadah lazat pilihan ramai.
MUSIM COVID TAK BOLEH BUAT JAMUAN ?

JANGAN RISAU
URUSAN & PEMBAYARAN BOLEH DILAKUKAN SECARA ONLINE DENGAN SELAMAT.
KAMI PEKKAN DALAM BUNGKUSAN KECIL YANG MUDAH DIAGIHKAN KEPADA KELUARGA & JIRAN TETANGGA.
KAMI JUGA SEDIAKAN PILIHAN BAGI SESIAPA YANG INGIN BERSEDEKAH KE PUSAT-PUSAT TAHFIZ & MADRASAH.
PILIHAN PAKEJ
Aqiqah &
Korban
Dengan
FAQ
Hukum melaksanakan ibadah Aqiqah ialah Sunat Mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut untuk melakukannya berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.
Sembelihan Aqiqah sunnah dilakukan pada hari ke-7, disarankan dan digalakkan untuk membuat aqiqah pada hari ke-14 ataupun hari ke-21 berdasarkan hadis Buraidah di atas. Sekiranya tidak berkesempatan, maka buatlah pada bila-bila masa yang berkelapangan sebelum anak tersebut mengenjah usia baligh.
Hari kelahiran termasuk dalam kiraan hari ketujuh kelahiran. Contohnya, bayi lahir pada 1 Mac, maka 7 Mac dikira sebagai hari ketujuh kelahiran & sunnah dilaksanakan sembelihan aqiqah.
“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
Riwayat Abu Daud (2842)
Mudah sahaja, anda boleh dapatkan sebut harga secara online melalui borang sebut harga. Sekiranya anda telah berpuas hati, anda boleh terus membuat tempahan dan pembayaran secara online atau pilihan ATM bank transfer (bukti diperlukan).
Sebaik sahaja pihak syarikat menerima pengesahan tempahan anda, pihak syarikat akan mengesahkan maklumat penama aqiqah bagi yang ingin mendapatkan pahala sunnah hari ke 7 selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh sembelihan dilakukan. Setelah selesai sembelihan dilakukan, anda akan di “update” dengan bukti perlaksanaan gambar dan video melalui portal e-semakan aqiqah secara WhatsApp dalam tempoh 24 Jam setelah sembelihan selesai dilakukan. Setelah itu proses penghantaran daging mentah / siap masak mengikut tarikh penghantaran akan dilakukan dan di “update” dari masa ke semasa.
Terma & Polisi Ibadah Aqiqah (Amani Agro Farm) :
1.Pendaftaran & Pembayaran
1.1 Pendaftaran dan pembayaran bahagian Aqiqah kepada pihak pengurusan Wakaf Qurban (Amani Agro Farm) secara online adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan sama sekali setelah pengesahan pembayaran dibuat.
1.2 Pelanggan yang telah mendaftarkan ibadah aqiqah dinasihatkan untuk memberikan maklumat penama aqiqah selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh sebenar ibadah aqiqah dilaksanakan.
1.3 Pembayaran adalah secara penuh bagi setiap tempahan (tiada deposit tempahan) dibenarkan.
1.4 Walaubagaimanapun, Permohonan pembatalan pakej aqiqah boleh dibuat secara bertulis dengan menyatakan alasan yang munasabah selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh sebenar atau tarikh jangkaan ibadah aqiqah.
1.5 Keputusan permohonan pembatalan pakej aqiqah adalah atas budi bicara dan surcaj pengurusan sebanyak RM100 seekor akan dikenakan sekiranya pembatalan diluluskan oleh pihak syarikat.
1.6 Pembayaran balik bagi pakej aqiqah yang diluluskan pembatalan adalah dalam tempoh 3 hari bekerja.
2.Servis Syarikat & Tanggungjawab Pelanggan
2.1 Pihak syarikat boleh membatalkan pakej aqiqah dengan memberikan notis selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh jangkaan/tarikh sebenar sembelihan aqiqah sekiranya tidak dapat memberikan servis mengikut spesifikasi pendaftaran pelanggan.
2.2 Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti servis yang dijanjikan, sebarang tuntutan boleh dibuat kepada Amani Agro Farm untuk negosiasi.
2.3 Pihak syarikat wajib untuk memberikan bukti perlaksanaan ibadah aqiqah secara digital dan menyerahkan buktinya melalui portal e-laporan dalam tempoh 2 hari bekerja setelah ibadah selesai dilaksanakan
2.4 Ibadah aqiqah yang didaftarkan dan perlu dilaksanakan dalam tempoh 24 jam automatik dikenakan tambahan surcaj pentadbiran sebanyak RM50 seekor pada harga jualan dan ia adalah tertakluk kepada kekosongan slot dan kebolehlaksanaan diperingkat syarikat. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan, pihak syarikat akan membatalkan dan memulangkan semula 100% wang yang telah dibayar.
2.5 Penghantaran & pengedaran daging yang telah siap diproses sembelih (mentah) atau siap dimasak paling awal adalah 2 hari selepas tarikh sebenar sembelihan atau lebih awal hanya sekiranya tertakluk kepada proses rumah sembelihan & katering masakan

Website dan pengurusan Aqiqah (wakaf qurban) ini diuruskan oleh Amani Agro Farm & Amani Services. Tujuan website ini dibuat adalah untuk membantu seramai mungkin ummat islam menguruskan ibadah korban / Aqiqah / Wakaf luar negara.
Warga kerja juga memiliki pengalaman menguruskan secara profesional dan dipercayai buat Jemaah Haji & Umrah melalui Syarikat utamanya iaitu Amani Travel Sdn Bhd serta projek korban , Aqiqah dan wakaf luar negara bagi NGO-NGO.
KAEDAH PEMBAYARAN DALAM TALIAN
